Wednesday, June 6, 2012

Dan kerana Allah ,Bersabarlah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم♥   

Dan, kerana Allah, bersabarlah
Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah

Walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana Allah, bersabarlah..

Tatkala sesuatu membuatmu ragu-ragu dan keliru,
Namun kerana percaya kepada Allah, maka bersabarlah..
DAn kerana yakin kepada Allah, maka bersabarlah.. 

Dan kerana Allah, maka bersabarlah..
Tiada ketentuan yang sia-sia.
Tiada ujian yang melebihi kemampuan.
Tiada duka yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya,
Tiada air mata yang kering tanpa pengetahuan-Nya.

Andai telah hilang sebab untuk terus bersabar,
Maka pujuklah sukma hati itu.
Bersabarlah,
Dan kerana Allah, bersabarlah...


Saat ujian datang bertimpa-timpa,
ALLAH cuma mahu menduga, masihkah kamu sabar dengan kekurangan,dan masihkah kamu redha dengan ketentuanNYA.

0 bebelan comel:

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma