Monday, February 11, 2013

what's e formula


Bismillahirrahmanirrahim





Tak sabar rasanya untuk pulang ke bumi itu kembali.
Sudah lama rasanya tak dipujuk untuk bermain dengan kata cinta Allah.


dengan kerinduan bertemu Allah.
Ya, mungkin ada, tetapi momentum nya tidak cukup kuat untuk aku betul-betul merasai kehangatannya. Dek kerana turun naiknya iman aku sendiri. Sedih T_T.Seringkali lemas kerana dikeringkan dengan keadaan masyarakat sekeliling yang belum betul memusatkan segala hidupnya untuk Allah.Memiliki matlamat yang jelas demi tertegaknya daulah islam di atas muka bumi. Ya, mungkin ada, tapi masyarakat banyak disibukkan dengan perkara-perkara harus, mengambil urusan agama kat  certain - certain perkara.




Hati ini betul - betul dalam kerinduan untuk disibukkan dengan hal - hal membina manusia secara direct. 
(even cuti kerja da'wah itu tidak pernah henti)




Setiap dari daie ilaAllah, yang dicampakkan ke mana jua tempat di atas muka bumi,
sudah pasti nya dihadapkan dengan pelbagai jenis keadaan da'wah di tempat masing-masing.Ada yang mungkin baru hendak bercambah, ada yang kekurangan tenaga dek bilangan mad'u yang ramai, ada yang stabil, dan berbagai lagi.Memerlukan tegarnya iman dalam jiwa untuk menongkah arus manusia!




Kadangkala kita sangat risau memikirkan progress pembinaan rijal - rijal.
Ada yang menjadi, ada yang kurang menjadi dan perlu banyak lagi proses tarbiyyah untuk jiwa itu betul - betul menginfaqkan diri - diri mereka di dalam jalan Allah.Lalu, kita terusan memikirkan formula - formula untuk membangkit dan melonjakkan iman, himmah dan hamasah rijal - rijal untuk betul - betul berjuang atas jalanNya.ye, kita wajib memiliki isti'ab hariji dan dakhili yang mantoooooopppppp!penguasaan macam mana nak tackle mad'u2 kitaaaadan juga memahami bagaimana ingin 'membina' da'wah (binaud da'wah)Seriously la, kita kalau tak disibukkan dengan kerja da'wah, pastinya disibukkan dengan perkara jahiliyyah, jahiliyyah dari sekecil kecil perkara hingga sebesar - besarnyaaaa!Kita pada tahap ini, bukan hanya nak baik untuk diri sendiri jeSelagi kita tak merasaiiiiiiii indah nya bekerja di jalan da'wah,tidak merasai pengalaman menyentuh jiwa manusia, selagi itu kita yang perlu push diri kita untuk betul mengembankan diri di jalan Allah ini. 




Jalan ini memang tak pernah ideal,
disitulah kita cuba belajar meletakkan diri kita dalam saff perjuangan ini.Memang banyak kelemahan yang kita miliki, tapi yaqinlah setiap dari kita punya kelebihan untuk disumbangkan ke jalan Allah. Bukankah Allah menjanjikan balasan syurga buat hamba-hambaNya ini?




dalam jalan ini, memang sangat - sangat perlu belajar dengan cepat.
E.g :Bila dapat pengisian, terus berfikir, camna aku nak sampaikan benda ini.Perlu dan perlu ada perasaaaaaaannn eager untuk menyampaikan islam, biarpun apa jua keadaan kita.kita sangat-sangat perlu dibina untuk memiliki sensitivi yang sangat tinggi ke atas semua perkara. memiliki penglihatan dari hati yang bersih, bukan sekadar mata kita. kadangkala hairan, melihat jiwa - jiwa yang belum lagi betul-betul dibangkitkan.mungkin tarbiyyah itu perlu disusun kembali, untuk betul2 dibinaaa menjadi rijalud da'wah.





hurmmmmmm
yaqin kahh kitaaaa , kita boleh masuk syurga tanpa berbuat kerja da'wah?

Katakanlah, "Inilah jalanku... aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik" (Yusof, 12:108)




Jalan da'wah ini satu satunya yang menghantar kita ke syurga Allah, tiada jalan lain. 
dengan tertegakknya islam itu menjadi ustaziatul a'lam,
baru lah Allah redha akan kita.
sobss.
tak nak kah kita menjadi salah satu pejuang dalam barisan menegakkan agama Allah?




Cukuplah ayat- ayat Allah dan seerah nabi itu menggetarkan urat nadi kitaaaaa. 



Jom terus belajar dari orang lain. 
Believe it or not,
kita sangat banyak belajar dari orang lain, dan orang sekeliling kita terutama jiwa-jiwa yang turut mendapat sentuhan tarbiyyah. 
Aku bersyukur dikurniakan ikhwan dan akhawat yang hebat di jalan da'wah biarpunn ada jarak kami yang beribu batuuu terpisah. 






Allah
Kadang - kadang bila makin lama dalam jalan ini,
terasa 'kelakar' jugak, melihat diri sendiri, yang mula disibukkan dengan perkara-perkara da'wahDulu pernah memiliki  mindset, yang da'wah - da'wah ni hanya untuk golongan tertentuuu macam ustaz n ustazah. kira kalau orang biasa, biasa jelaa. "tak payah la nk alim sangat :P"
Bila dapat tarbiyyah, sampai satu fasa yang sesuai untuk disedarkan, 


baru sedar, rupanya semua orang wajib membuat da'wah.
Semua orang memiliki tanggungjawab iniii. Pelik kan, sampai tahap ini, Allah memberi kita hidayah untuk berada dalam saff jalan da'wah.Tapi, inilah hadiah terbesar buat kita, ni'mat islam dan iman, dan juga ni'mat kefahaman yang jelass alhamdulillahhh




Rugi laahhh, Rugi laahhh orang - orang yang sudah dibersihkan dengan hidayah Allah,
tapi masih ingin mencampakkan diri - diri ke lembah jahiliyyah.Tidak membuat kerja da'wah itu pon satu jahiliyyah juga!!Kita kena tinggalkan kan maksiat supaya kita betul- betul memiliki al - furqan (boleh membezakan yang haq dan batil)Kalau tak, hidup tercampur - campur laaa. Melihat seolah benda - benda jahiliyyah macam perkara biasaaaaaaaa! 




Iman itu perlu dirasai hingga setiap pembuluh darah kita merasai gegarannya.
Iman sahaja faktor penolak seseorang hamba itu.Moga kita memperoleh syaheed fi sabilillah. aameennn.




Kerana thumuhat kita sentiasa perlu disegarkan!





Lantas, terus terusan kita kaget memikirkan formula terbaik untuk membina manusia!
Dan tidak ada masa lagi untuk berehat santai, kerana rehat seorang daie itu adalah bukti kelalaian!Jom terus baca buku-buku da'wah dan seerah untuk meningkatkan diri kita. 



"hidup ni tak cukup cakap-cakap je la derr, kena la buat:D

0 bebelan comel:

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma