Tuesday, February 12, 2013

when the sun starts to shine



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ




Kerana jalan ini mengajar kita untuk mengenal karakter manusia.
Be it orang - orang yang ditarbiyyah mahupun jiwa - jiwa yang masih kabur dengan neraca hidup ini.
Masih mencari - cari dalam kesamaran nilai dan makna sebenar hidup di bawah bayangan al-quran.
Kita yang sentiasa disibukkan dengan interaksi sesama manusia, be it chinese,indians, or kawan-kawan muslim kita sendiri.

*

Somehow, hati ini sangat tersentuh dengan orang-orang yang Allah mentaqdirkan hati - hati mereka untuk 'spark' kesan dari tarbiyyah dan hidayah dari Allah.

Perasaan yang sangat best bila diri - diri kita dapat bercurahat dengan hati - hati yang mula tersentuh dengan hidayah Allah.

Allah, engkau saja yang mengerti perasaan ini.
Di saat aku seringkali ketandusan tempias 'direct' himmah a'liyyah sahabat-sahabat yang turut sama-sama melalui jalan da'wah yang bukan mudah ini.
Jelas, waqi' di tempat ku yang agak 'baru' hendak diterokai. Sinar dan fajar islam mula bergerak memancar!

Somehow, ada sikit sense of jealousy kat lokaliti-lokaliti yang BEST , 
ramai sahabat dan bi'ah yang best etc!
Oh, Oh. tak sepatutnya ada kot perasaan - perasaan camni.
Setiap ketetapan itu ada hikmah di sebaliknya.
Allah mengajarkan ku untuk betul - betul bergantung pada Allah, biar bi'ah dan environment kita tak support!

*

Di satu sudut, melihat orang-orang di sekeliling, yang masih lagi samar akan hakikat sebenar hidup ini,
yang diciptakan semata-mata untuk beribadah dan menjadi khalifah di jalanNya.
seringkali terus berfikir dan mengorak langkah.
Proses membina manusia perlu diteruskan.

Kadang - kadang kita ini selalu nak tengok hasil dengan cepat, seolah hidayah itu di tangan kita.
OH! tak sepatutnya ada dalam kamus hidup kita.
Hidayah itu segalanya dari Allah. hatta hati-hati yang tersentuh asbab dari qudwah dan kata-kata kita.

Analogi kertas - remember? Klik sini

*

Berlatih untuk terus berlapang dada dan bersabar akan setiap dugaanNya.

Cara setiap orang itu ditarbiyyah oleh Allah sangat berbeza.
Juga momentum seseorang dengan seseorang sangat berlainan.

Background kita juga berbeza.

Ada yang baru disentuh sikit dengan sinar islam, akan terus bergerak 'laju' membina diri, dan mencari islam itu.
Ada yang perlu go through banyak 'phase' dan siri tarbiyyah untuk kefahaman itu betul - betul memberi kesan pada a'mal seseorang.

Diriku juga begitu. Tempoh proses tarbiyyah sangatttt la mengambil masa dan untuk aku mula memahami hakikat da'wah itu pun sangat panjang, dan masih belajar hingga kini.

So why not kita pon bersabar menghadapi mad'u - mad'u sekeliling kita. insyaAllah. (Ali-Imran, 3:200)
*

Somehow, jiwa jiwa kita yang telah dipancar sinaran islam, iman, tarbiyyah dan hidayahNya,
merasakan setiap saat kita ni sangat-sangat comel.
Sentiasa ditarbiyyah olehNya dari bermacam arah.

*

Sudah pasti, tolakan iman itu yang meneguhkan hati - hati kita untuk terus tegar dalam jalan ini insyaAllah.

Allah, aku perlu kekuatanMu.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya (Muhammad), nescaya Allah memberikan rahmatNya, kepadamu dua bagian, dan menjadikan cahaya untukmu yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan serta Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Al-Hadid, 57:28)


(p/s- afwan, macam banyak curahat pulak. Tulisan x matured.
Moga saya boleh tulis dengan lebih baik. insyaAllah)


khairumminALLAH, wa syarrumminnafsi
wALLAHu a'lam :)

0 bebelan comel:

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma