Monday, March 18, 2013

bersangka baik







Tak terbayang bagaimana kalau Allah bagi sahaja semua apa yang kita hendak dan apa sahaja yang kita fikirkan baik.

Mungkin tika ini kita tidak mengecap bahagia seperti ini, memperoleh teman sekeliling seperti ini, mendapat kejayaan seperti hari ini atau merasai indahnya anugerah cinta seperti dirasa saat dan ketika ini.

Di sebalik kesedihan kita tatkala tak dapat masuk sekolah yang kita mahu, tak dapat memiliki hati orang yang kita minat, tak dapat bekerja di posisi yang kita idam-idamkan, rupanya ada kebahagiaan besar yang tersembunyi di sebaliknya, yang mana hanya kita rasai hari ini. Sehingga seketika, kita terlupa terus yang kita pernah menangis, kecewa dan bersedih sebelum ini disebabkan apa yang kita sangka sebagai gagal, malang dan buntu.

Hebat kan percaturan Allah? Manusia yang berkomunikasi melalui hatinya, terhadap segala percaturan Allah ke atas dirinya, akan mengecapi indahnya sebuah kehidupan sebenar. Tiada sedih, tiada duka dan tiada kecewa, sebaliknya yang ada hanyalah baik sangka terhadap apa-apa yang telah Allah tentukan buat dirinya.

" Aku ( Allah ) sentiasa di sisi sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu sentiasa berbaik sangka terhadapKu " [ hadith qudsi ]



0 bebelan comel:

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma