Wednesday, February 13, 2013

the road less travelled


Kerana jalan da'wah ini mengajarkan kita segalanya, baik dari segi ruhiyy, fizikal, mental dan emosi. Yes. Kerana islam itu bersifat syumul dan sempurna dan tidak ada yang sempurna melainkan islam. Lengkap memenuhi ciri-ciri individu muslim (muwasafat tarbiyyah).

Kita yang melalui jalan pentarbiyyah, sangat - sangat perlu bersyukur atas nikmat ini, kerana Allah telah membuka kan kepada satu jalan, jalan cahaya yang menuju kembali pada pencipta alam maya ini.
Tidak semua orang merasai perasaan dan fasa-fasa perubahan ini, hanya yang terpilih saja olehNya untuk merasainya.

Dan, dalam kita mengharungi jalan yang dikatakan 'the road less travelled' ini, Allah membukakan kita untuk bersikap rasional dan tidak mudah melatah terhadap apa jua yang berlaku di sekeliling kita. Kita yang dikatakan public figure, perlu menjadi yang terbaik, kerana qudwah kita melambangkan islam itu sendiri. Kematangan dalam setiap tindakan sangat-sangat dilihat oleh masyarakat, dan manusia di luar sana tend untuk membuat apa jua persepsi dan pandangan terhadap kita.
Walaupun selalu ada perasaan, "huh, setiap manusia buat silap kot".
Apa pun, seharusnya niat kita wajib dibersihkan lalu agar tidak ada tujuan lain dalam ber'amal, dan demi membuahkan perasaan ikhlas dalam melakukan apa jua perkara.

Ini betapa peri pentingnya tarbiyyah dan da'wah, agar diri kita dibina dari satu tahap ke satu tahap. Kalau dulunya mungkin kita tak sensitive dan aware pon terhadap sesuatu perkara, tapi apabila melalui fasa tarbiyyah, dirinya berubah sedikit demi sedikit.
Until now, I still believe, the power of hidayah dan tarbiyyah yang bisa mengubah seluruh hidup seorang muslim tu.
Seriously.

Up until now, kadangkala diri ini sangat perlu akan motivasi yang bisa melonjakkan a'mal-a'mal kita. Dos-dos sepatutnya betul-betul dibina dan dipertingkatkan agar kita bisa berlaru laju dalam trek jalan Allah ini.
Huh, dan motivasi itu seharusnya datang dari Allah.

Allahuakbar.
Kerana CINTAku ini, aku rela melakukan apa saja demiMu.

Allahu ghoyatuna.

words•


*•By The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful•*

Ingin sekali mencurahkan apa yang dirasai, difahami, dilihat, dimengerti.

but sometimes, it just can't be put into words.

jalan da'wah ini benar-benar mengembalikan kita semula kepada Allah.

tawakkal kita. pergantungan kita pada Allah yang satu!

saat banyak perkara yang berlaku ke atas diri-diri kita, di sekeliling kita,
untuk try catch up dengan semua urusan, semua perkara.

Allahu Allah.
 Engkau sebaik-baik pemberi hidayah dan petunjuk.

Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi
(Al-Ghafir, 40:55)

Allahu Allah.

Kecomelan mad'u2 disekelilingku yang semakin tersentuh dengan ruh islam berkat petunjukMu itu sangat-sangat menyentuh hati ini.

Though I know, this is not OUR effort, but everything is by and from Allah.

It's YOU Allah, who CONTROLS everything.

"..Ketahuilah, jika semua umat bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu..."
(HR Tirmidzi)

so far.........

it's almost two months I have been here in the camp.

priceless tarbiyyah I should say. so so many thingss that urge me to keep strong.

trying to adapt myself with everything that is going on.

too many things that Allah has destined. subhanaAllah, each and every time is the best tarbiyyah from Him.

priceless tarbiyyah from Allah for all of us.

please, genggam erat2 hidayah dan nikmatNya ini sampai syaheed...

Again, one thing,

EVERYTHING is under Allah's control.
We are NOTHING without Allah's help.

Kadang-kadang kita terlalu RISAU akan 'kerja2' Allah/ taqdir dan ketetapanNya terhadap SEMUA perkara,
tapi tidak risau, APA2 yang boleh kita BUAT kerana Allah.

Moga Allah guide kita in every SINGLE thing that we do!

Satu benda PALING berharga + bernilai that I have learnt so far, in sha Allah

it's the one and only Allah who can keep you strong to be always in His path.
the power of IMAN..
Not the bi'ah, the brothers, or anything else.
they are all the additional factors..
IMAN which comes FIRST beating the other lines.

keep making du'a for everyone in sha Allah!

‎"Allah mentaklifkan kamu untuk BERUSAHA, namun tidak mentaklifkan
kamu untuk NATIJAHNYA..." (Imam Hasan Al-Banna).


tingkatkan prestasi a'mal, moga ikhlas dlm setiap perkara in sha Allah.

besar KECIL

بسم الله الرحمن الرحيم


banyak benda yang saya sedang nak faham.
kadang-kadang kita rasa byk sgt benda kita dapat n banyak sangat kita faham,
tapi actually tak semua kita faham, until kita di uji dengan perkara tersebut.
Hingga kita di test power oleh Allah untuk mengharungi ujian2 Dia.

dalam banyak-banyak perkara yang mengesankanku dlm hari-hari ku di sini,
satu perkara ialah akhlaq. salah satu muwasafat tarbiyyah kita, matinul khuluq (akhlaq yang mantap)

aku sangat terkesan dengan kata-kata seorang sahabat,
"kadang2 sy tengok kita terlalu memikirkan benda2 besar, tapi selalu terlepas pandang dengan benda-benda kecik"
"Akhlaq kita, masa kita, etc etc"

bukan aku katakan kita ini tidak menjaga akhlaq, cumanya masih ada lagi, masih ada lagi ruang2 untuk kita perbaiki lagi akhlaq kita. dari sebesar-besar perkara hingga sekecil kecil perkara.
memang tak terbanding dengan rasulullah, yang hidupnya berakhlaqkan al quran.

sayyid qutb juga telah mengatakan, seorang mukmin itu sepatutnya menjadi terjemahan al quran di hari hari dalam hidupnya. bukan terjemahan itu hanya tersurat di muka muka surat quran poket kita.

even, dalam arkanul baiah in risalah ta'alim juga membicarakan asas-asas akhlaq dan sikap seorang daie. Allahuakbar
dari faham, kepada ikhlas, amal, jihad, pengorbanan, taat, thabat, tajarrud, ukhuwwah dan tsiqah.
banyak nya lagi tak terlaksana. sob sob

ada lagi satu kata-kata yang begitu mengesankan aku,
"saya takut, disebabkan akhlaq saya yang tidak berapa sempurna, orang lain tak nampak di mana islam itu"

sounds simple, tapi sangat la memerlukan mujahadah yang tinggi. sekurang-kurangnya untuk memperbaiki akhlaq kita dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik. subhanaAllah.
merendahkan ego diri kita sendiri, dengan niat melakukan semua perkara kerana Allah

itulah power nya tarbiyyah, yang mengubah manusia menjadi mukmin yang sempurna muwasafatnya.
menerima apa jua keadaan dan situasi dengan redha dan berlapang dada walaupun pada awalnya sangat berlawanan dengan karakter dan fitrah kita.

ayuh luruskan dan didiklah hati kita insyaAllah

"Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya"
"Bahagia dan sa'adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyaqinan, kebenaran dan keadilan"
"Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan"
"Kesabaran dan ketahanan berjuang, hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkan dirnya kepada Allah"
"Tegaklah dengan keyaqinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyaqinan dan perjuangan"
"Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama"
(Imam Hasan Al Banna)

Tuesday, February 12, 2013

when the sun starts to shine



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ




Kerana jalan ini mengajar kita untuk mengenal karakter manusia.
Be it orang - orang yang ditarbiyyah mahupun jiwa - jiwa yang masih kabur dengan neraca hidup ini.
Masih mencari - cari dalam kesamaran nilai dan makna sebenar hidup di bawah bayangan al-quran.
Kita yang sentiasa disibukkan dengan interaksi sesama manusia, be it chinese,indians, or kawan-kawan muslim kita sendiri.

*

Somehow, hati ini sangat tersentuh dengan orang-orang yang Allah mentaqdirkan hati - hati mereka untuk 'spark' kesan dari tarbiyyah dan hidayah dari Allah.

Perasaan yang sangat best bila diri - diri kita dapat bercurahat dengan hati - hati yang mula tersentuh dengan hidayah Allah.

Allah, engkau saja yang mengerti perasaan ini.
Di saat aku seringkali ketandusan tempias 'direct' himmah a'liyyah sahabat-sahabat yang turut sama-sama melalui jalan da'wah yang bukan mudah ini.
Jelas, waqi' di tempat ku yang agak 'baru' hendak diterokai. Sinar dan fajar islam mula bergerak memancar!

Somehow, ada sikit sense of jealousy kat lokaliti-lokaliti yang BEST , 
ramai sahabat dan bi'ah yang best etc!
Oh, Oh. tak sepatutnya ada kot perasaan - perasaan camni.
Setiap ketetapan itu ada hikmah di sebaliknya.
Allah mengajarkan ku untuk betul - betul bergantung pada Allah, biar bi'ah dan environment kita tak support!

*

Di satu sudut, melihat orang-orang di sekeliling, yang masih lagi samar akan hakikat sebenar hidup ini,
yang diciptakan semata-mata untuk beribadah dan menjadi khalifah di jalanNya.
seringkali terus berfikir dan mengorak langkah.
Proses membina manusia perlu diteruskan.

Kadang - kadang kita ini selalu nak tengok hasil dengan cepat, seolah hidayah itu di tangan kita.
OH! tak sepatutnya ada dalam kamus hidup kita.
Hidayah itu segalanya dari Allah. hatta hati-hati yang tersentuh asbab dari qudwah dan kata-kata kita.

Analogi kertas - remember? Klik sini

*

Berlatih untuk terus berlapang dada dan bersabar akan setiap dugaanNya.

Cara setiap orang itu ditarbiyyah oleh Allah sangat berbeza.
Juga momentum seseorang dengan seseorang sangat berlainan.

Background kita juga berbeza.

Ada yang baru disentuh sikit dengan sinar islam, akan terus bergerak 'laju' membina diri, dan mencari islam itu.
Ada yang perlu go through banyak 'phase' dan siri tarbiyyah untuk kefahaman itu betul - betul memberi kesan pada a'mal seseorang.

Diriku juga begitu. Tempoh proses tarbiyyah sangatttt la mengambil masa dan untuk aku mula memahami hakikat da'wah itu pun sangat panjang, dan masih belajar hingga kini.

So why not kita pon bersabar menghadapi mad'u - mad'u sekeliling kita. insyaAllah. (Ali-Imran, 3:200)
*

Somehow, jiwa jiwa kita yang telah dipancar sinaran islam, iman, tarbiyyah dan hidayahNya,
merasakan setiap saat kita ni sangat-sangat comel.
Sentiasa ditarbiyyah olehNya dari bermacam arah.

*

Sudah pasti, tolakan iman itu yang meneguhkan hati - hati kita untuk terus tegar dalam jalan ini insyaAllah.

Allah, aku perlu kekuatanMu.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya (Muhammad), nescaya Allah memberikan rahmatNya, kepadamu dua bagian, dan menjadikan cahaya untukmu yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan serta Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Al-Hadid, 57:28)


(p/s- afwan, macam banyak curahat pulak. Tulisan x matured.
Moga saya boleh tulis dengan lebih baik. insyaAllah)


khairumminALLAH, wa syarrumminnafsi
wALLAHu a'lam :)

Monday, February 11, 2013

Cinta Bernoda






Cinta itu fitrah.
Jangan diusya jika sekdar main2
Jangan ditanya jika hari muka belum pasti apa akan terjadi
Jngan disibukkan jika belum tiba waktunya
Jangan didekati jika diri masih jauh driNya

Takut dekat2 kerana Nafsu,
Takut minat2 skdar Nafsu,
Salurkan fitrahmu pda tempat selayaknya..
Tuntunlah diri agar kuat mujahdah..
Dunia hri ini bukan dunia cinta kapel..
Hari ini bukan lagi cerita novel persis remaja nan bercinta..

Sabar,simpan,jaga,pelihara..
insyaAllah akan tiba masanya..
kawan2.. shbat2.. jgn jatuh dlm perangkap..
dunia ini terlalu murah utk dibeli..
belilah akhirat sana dgn mnjga diri.
Hati dan perasaan.

Hati2..jgn kerana fitrah cinta kita,ada hati lain yg ternoda.
Fikir sebelum bertindak.

Ya Allah,jauhkn kami dr fitnah cinta bernoda.

A Ream of Papers

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ




Kadang-kadang rasa seperti mereka take for granted tarbiyyah ini, usaha murabbi dan murabiyyah, pengorbanan sahabat2 seperjuangan...

Semua itu kerana mereka belum faham, jangan risau. Kita pun suatu masa dahulu seperti itu. Jangan letakkan expectation tinggi pada mad'u kita, towards the end, kita yang akan kecewa. Tapi utk diri kita yang memahami erti da'wah dan tarbiyyah, letaklah expectation setinggi cita-cita kita untuk menggapai Ustaziatul Alam.. agar kita sentiasa memperbaiki keadaan diri kita untuk Deen ini. Banyakkan bersabar. Pernah dengar kah tentang analogi a ream of paper? 

Saat bilamana seseorang mendapat hidayah..
Umpamanya.... dah lengkap lah satu ream kertas A4
Pernah tengok? Yang tebal tu..
Kita mungkin tersentuh.. dan faham.. sebab sangat2 ramai orang datang dan letak kertas pada ream kita.. 
Satu demi satu helaian...
S
ehinggalah penuh dan cukup... 
Dan orang yg terakhir letak tu hanyalah mencukupkan rasa untuk kita memahami erti islam
 

Bukan sebab hanya seorang yg terakhir itu kita mendapat hidayahNya..
 
Tapi disebabkan adanya kertas2 yg terdahulu.. yang terbina sedikit demi sedikit

Sehinggalah cukup untuk kita menyentuh mereka dengan hidayah ini...So.. untuk adik2 ini...Awak jadilah pemberi kertas itu...
Mungkin awak lah orang pertama..
 
Tapi disebabkan helaian yang awak bagi..
Menjadi asbab adik tu faham suatu hari nant
i 
InsyaAllah...
InsyaAllah...
InsyaAllah...
Dan it is a big reminder juga buat kita as duat...
Yang faham, bahawa da'wah ni bukan hanya kita sorang2 sahaja yang menyumbang sekiranya adik itu memahami erti da'wah dan tarbiyyah... malah menjadi hebat selepas itu... 
Tetapi sebab ramaiiiiiiiiinya yang datang kepada dia sebelum itu...


Dan ini membersihkan niyat kita.. 
Dan memaham kan kita erti bahawa, Allah sahajalah yg memegang hati-hati manusia..
Dan kita hanya melaksanakan tugas kita...
Tak kisah lah kita jadi pemberi helaian muka depan ke.. muka tengah ke..
Tapi... semua itu contribute untuk melengkapkan a ream of paper tu kan?? =)

dan menyambung usaha2 org sebelum2 kita...

Lagi besar pahala mereka yang meletakkan batu asas sesebuah rumah..despite of kekurangan banyak benda...
Cuba bandingkan dengan mereka yang terus sahaja duduk dalam rumah tu ?

Dan tak akan sama mereka yang sebelum fathul dan selepas fathul (pembukaan)... (57:10)

Selamat membuka kota dengan cahaya islam...
Biiznillah...

Wallahu a'lam ;D

what's e formula


Bismillahirrahmanirrahim





Tak sabar rasanya untuk pulang ke bumi itu kembali.
Sudah lama rasanya tak dipujuk untuk bermain dengan kata cinta Allah.


dengan kerinduan bertemu Allah.
Ya, mungkin ada, tetapi momentum nya tidak cukup kuat untuk aku betul-betul merasai kehangatannya. Dek kerana turun naiknya iman aku sendiri. Sedih T_T.Seringkali lemas kerana dikeringkan dengan keadaan masyarakat sekeliling yang belum betul memusatkan segala hidupnya untuk Allah.Memiliki matlamat yang jelas demi tertegaknya daulah islam di atas muka bumi. Ya, mungkin ada, tapi masyarakat banyak disibukkan dengan perkara-perkara harus, mengambil urusan agama kat  certain - certain perkara.




Hati ini betul - betul dalam kerinduan untuk disibukkan dengan hal - hal membina manusia secara direct. 
(even cuti kerja da'wah itu tidak pernah henti)




Setiap dari daie ilaAllah, yang dicampakkan ke mana jua tempat di atas muka bumi,
sudah pasti nya dihadapkan dengan pelbagai jenis keadaan da'wah di tempat masing-masing.Ada yang mungkin baru hendak bercambah, ada yang kekurangan tenaga dek bilangan mad'u yang ramai, ada yang stabil, dan berbagai lagi.Memerlukan tegarnya iman dalam jiwa untuk menongkah arus manusia!




Kadangkala kita sangat risau memikirkan progress pembinaan rijal - rijal.
Ada yang menjadi, ada yang kurang menjadi dan perlu banyak lagi proses tarbiyyah untuk jiwa itu betul - betul menginfaqkan diri - diri mereka di dalam jalan Allah.Lalu, kita terusan memikirkan formula - formula untuk membangkit dan melonjakkan iman, himmah dan hamasah rijal - rijal untuk betul - betul berjuang atas jalanNya.ye, kita wajib memiliki isti'ab hariji dan dakhili yang mantoooooopppppp!penguasaan macam mana nak tackle mad'u2 kitaaaadan juga memahami bagaimana ingin 'membina' da'wah (binaud da'wah)Seriously la, kita kalau tak disibukkan dengan kerja da'wah, pastinya disibukkan dengan perkara jahiliyyah, jahiliyyah dari sekecil kecil perkara hingga sebesar - besarnyaaaa!Kita pada tahap ini, bukan hanya nak baik untuk diri sendiri jeSelagi kita tak merasaiiiiiiii indah nya bekerja di jalan da'wah,tidak merasai pengalaman menyentuh jiwa manusia, selagi itu kita yang perlu push diri kita untuk betul mengembankan diri di jalan Allah ini. 




Jalan ini memang tak pernah ideal,
disitulah kita cuba belajar meletakkan diri kita dalam saff perjuangan ini.Memang banyak kelemahan yang kita miliki, tapi yaqinlah setiap dari kita punya kelebihan untuk disumbangkan ke jalan Allah. Bukankah Allah menjanjikan balasan syurga buat hamba-hambaNya ini?




dalam jalan ini, memang sangat - sangat perlu belajar dengan cepat.
E.g :Bila dapat pengisian, terus berfikir, camna aku nak sampaikan benda ini.Perlu dan perlu ada perasaaaaaaannn eager untuk menyampaikan islam, biarpun apa jua keadaan kita.kita sangat-sangat perlu dibina untuk memiliki sensitivi yang sangat tinggi ke atas semua perkara. memiliki penglihatan dari hati yang bersih, bukan sekadar mata kita. kadangkala hairan, melihat jiwa - jiwa yang belum lagi betul-betul dibangkitkan.mungkin tarbiyyah itu perlu disusun kembali, untuk betul2 dibinaaa menjadi rijalud da'wah.





hurmmmmmm
yaqin kahh kitaaaa , kita boleh masuk syurga tanpa berbuat kerja da'wah?

Katakanlah, "Inilah jalanku... aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik" (Yusof, 12:108)




Jalan da'wah ini satu satunya yang menghantar kita ke syurga Allah, tiada jalan lain. 
dengan tertegakknya islam itu menjadi ustaziatul a'lam,
baru lah Allah redha akan kita.
sobss.
tak nak kah kita menjadi salah satu pejuang dalam barisan menegakkan agama Allah?




Cukuplah ayat- ayat Allah dan seerah nabi itu menggetarkan urat nadi kitaaaaa. 



Jom terus belajar dari orang lain. 
Believe it or not,
kita sangat banyak belajar dari orang lain, dan orang sekeliling kita terutama jiwa-jiwa yang turut mendapat sentuhan tarbiyyah. 
Aku bersyukur dikurniakan ikhwan dan akhawat yang hebat di jalan da'wah biarpunn ada jarak kami yang beribu batuuu terpisah. 






Allah
Kadang - kadang bila makin lama dalam jalan ini,
terasa 'kelakar' jugak, melihat diri sendiri, yang mula disibukkan dengan perkara-perkara da'wahDulu pernah memiliki  mindset, yang da'wah - da'wah ni hanya untuk golongan tertentuuu macam ustaz n ustazah. kira kalau orang biasa, biasa jelaa. "tak payah la nk alim sangat :P"
Bila dapat tarbiyyah, sampai satu fasa yang sesuai untuk disedarkan, 


baru sedar, rupanya semua orang wajib membuat da'wah.
Semua orang memiliki tanggungjawab iniii. Pelik kan, sampai tahap ini, Allah memberi kita hidayah untuk berada dalam saff jalan da'wah.Tapi, inilah hadiah terbesar buat kita, ni'mat islam dan iman, dan juga ni'mat kefahaman yang jelass alhamdulillahhh




Rugi laahhh, Rugi laahhh orang - orang yang sudah dibersihkan dengan hidayah Allah,
tapi masih ingin mencampakkan diri - diri ke lembah jahiliyyah.Tidak membuat kerja da'wah itu pon satu jahiliyyah juga!!Kita kena tinggalkan kan maksiat supaya kita betul- betul memiliki al - furqan (boleh membezakan yang haq dan batil)Kalau tak, hidup tercampur - campur laaa. Melihat seolah benda - benda jahiliyyah macam perkara biasaaaaaaaa! 




Iman itu perlu dirasai hingga setiap pembuluh darah kita merasai gegarannya.
Iman sahaja faktor penolak seseorang hamba itu.Moga kita memperoleh syaheed fi sabilillah. aameennn.




Kerana thumuhat kita sentiasa perlu disegarkan!





Lantas, terus terusan kita kaget memikirkan formula terbaik untuk membina manusia!
Dan tidak ada masa lagi untuk berehat santai, kerana rehat seorang daie itu adalah bukti kelalaian!Jom terus baca buku-buku da'wah dan seerah untuk meningkatkan diri kita. 



"hidup ni tak cukup cakap-cakap je la derr, kena la buat:D

expect!

By The Name of Allah, The Most Gracious and The Most merciful

Mad'u is always right!

We should expect more from us rather than pointing others.

*

"Seorang daie pembawa risalah itu tidak akan menghitungkan kerja-kerjanya dan usahanya itu sebagai suatu sumbangan yang besar. 

Malah ianya harus melengkapkan amal-amalnya, dan mengorbankan segala riang pengorbanan dan dedikasinya, malah melebihi segala-galanya hingga yang teringat dalam benaknya, hanya Allah semata-mata 

atau dengan erti kata lain, 

fana kepada Allah"

(Ar-Raheeq  Al- Makhtum)

Wallahu a'lam

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma