Saturday, July 30, 2011

x redha : x tng ;)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Tidak banyak orang yang melakukan muhasabah diri. Sedangkan bila berbuat demikian akan menghasilkan ketenangan jiwa. Jiwa yang tenang itu akan memancarkan gelombang-gelombang emosi positif yang akan diterima oleh orang sekeliling. Hasilnya ketenangan jiwa kita tadi mampu membuat orang lain mencapai keharmonian fikiran serta beremosi positif. Jika sebaliknya, keadaan ketidak tenangan tersebut boleh membuat orang lain juga tidak tenang. Bahkan mengancam ketenangan orang lain.Perlu diketahui ketenangan minda dan ketenangan jiwa adalah dua perkara yang berbeza. Jika seseorang itu mengalami ketenangan minda dia belum tentu mencapai ketenangan jiwa. Namun jika di mengecapi ketenangan jiwa sudah pasti mindanya tenang.Persoalannya kenapa jiwa tidak tenang?. Jiwa yang tidak tenang adalah jiwa yang tidak dapat menerima ketentuan Allah s.w.t. dengan baik. Sentiasa melihat keadaan terjadi di sebabkan oleh orang lain. Sedangkan ia terlupa bahawa manusia hanya mampu merancang, dan Tuhan yang menentukan.Jika perancangan itu gagal, kita harus melakukan muhasabah diri dan berfikiran positif dan bertindak secara positif. Tidak boleh bertindak membabi buta sahaja. Kesannya ia akan mempamerkan akhlak kita yang sebenarnya.
Akhlak yang berselindung disebalik sesuatu yang zahir akhirnya akan terkeluar bila kita diuji dengan sedikit kesusahan atau kesulitan. Saat itu, terbongkarlah kebenaran nilai diri kita. Lantaran demikian kita akan melontar untuk menyalahkan orang lain. Mencari kesilapan orang hasil dari akhlak realiti dan ketidakan tenangan kita menerima ketentuan Allah s.w.t.

Sebenarnya orang demikian, adalah seorang yang bermasalah. Untuk mengelak dari di ketahui keadaan demikian, mereka akan mula mencari kesilapan demi kesilapan orang lain. Sehingga ia terlupa manusia ha

nya mampu merancang, yang memberi ketentuan adalah Allah s.w.t

Belajarlah menerima ujian dengan penuh keredhaan, agar jiwa menjadi tenang.

Allahu a’lam.

0 bebelan comel:

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma