Saturday, March 10, 2012

menangislah!!

Menangislah!


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Menangislah wahai mata, petanda kau hanya HAMBA! 

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
  
“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.” 

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
  
“Kenapa engkau menangis?”
  
“Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,”jawabnya . 


Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :

“Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”
  
Ibnu Masud r.a.berkata :
  
“Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.
  
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :

“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”

Menangislah di sini,sebelum menangis di sana..




ALLAH biar kamu sendiri, Bukan untuk suruh kamu handle semua kesakitan tu sendiri, Tapi untuk kamu kembali pada DIA.T_T
ALLAH..ALLAH..ALLAHu ALLA
H

0 bebelan comel:

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma