Monday, March 25, 2013

Menguji sayang



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ



 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

MENGUJI   SAYANG ...


Rintik-rintik ujian

gugur mengguyur menimpamu

sejuk yang mencengkam

dingin yang menikam

gigil kau menggigil

mendakap tubuh

sendirian.


Tak terlihat dek mata

namun terasa di jiwa
kau tak dibiar sendiri
sejuk yang mencengkam
dingin yang menikam
bukan kerna benci
tapi menguji sayang.

Hujan ujian
guntur musibah
bila dipayungi sabar
bila kautadah pasrah
merentang jalan ke jannah.

DIA berimu hujan
DIA caturkan kilat
untuk sediakan pelangi indah
selepas hujan teduh.

DIA hanya mahu menguji sayang
dengan sedikit payah
kerana
semakin payah
semakin indah
semakin mudah ke Jannah!!
 
Kita merancang dengan cita-cita, ALLAH menentukan dengan sepenuh cintaNYA



 


Ya Allah. . .sungguh, hamba-Mu yang asfal ini sukar untuk menyelami segala hikmah yang tersirat di balik tirai ujian yang tersurat ini. . . namun, apa yang hamba-Mu ini tahu, tiap sesuatu yang telah Engkau takdirkan buatku adalah yang TERBAIK yang telah kau caturkan buat diri ini. . . Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengerti apa-apa :')  

.

kitamerancangdengancitacita,tetapiDiamenentukandengansepenuhcintaNya..

 

0 bebelan comel:

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma