بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Sering kita mendengar bahaya 3 "ta". Harta, tahta dan wanita. Paling melenturkan kelelakian seseorang adalah wanita. Dengan helah wanita ramai yang kecundang. Wanita yang tidak beriman sentiasa mencari-cari peluang untuk menonjol-nonjolkan diri pada lelaki lain dengan harapan diberi puji-pujian, di layani dengan penuh perhatian. Sikap inilah yang merosakkan nilai diri seorang wanita, tidak kiralah mereka telah menjadi isteri atau ibu seseorang.
Sikap suka memperaga, kini sudah menjadi amalan. Bermacam vitamin, pencuci muka, cream-cream kecantikan yang di ambil untuk tujuan tersebut. Tidak kurang yang tidak mahu bersembahyang, semata-mata rasa kerugian make up yang di tempek berjam-jam dimuka dengan nilai harga yang agak mahal, di rasakan rugi jika terkena air sembahyang. Inilah sikap yang bertuhankan hawa nafsu yang perlu di buang. Tidak cukup demikian, sebarang yang dipakai bukan lagi bertujuan menutup aurat mengikut yang di syariatkan. Selagi di laku oleh ramai orang, selagi itu mereka tidak merasa berdosa untuk turut sama melakukan. Maka lahirlah insan-insan, perempuan-perempuan yang suka memperagakan kerana masih ada yang tidak menjaga pandangan, masih ada yang suka memberi pujian.
Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Hal ini jelas diperihat di dalam facebook semakin ramai yang mempamir berbagai-bagai gambar yang jelas bertentangan dengan apa yang di gariskan oleh syarak. Tepuk dada dan tanyai iman, atas dasar apa berbuat demikian..??
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am ayat : 32:
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
ertinya:”Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”Sungguh ramai yang telah di lalaikan dengan perkara-perkara lagha yang sebetulnya boleh di elakkan. Justeru kerana sikap ingin menonjol dan mempamirkan inilah yang membuatkan semakin ramai yang tidak dapat mejaga hukum hakam, lebih-lebih di musim perayaan. Aurat tidak dijagakan, pergaulan tidak di kawalkan. Pakaian tidak lagi menutup aurat yang dijadikan pegangan, melainkan ingin menonjolkan bentuk-bentuk di badan.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23:
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً
ertinya:
”Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
”Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Ramai yang mempunyai mata, tetapi buta melihat kebaikan agama. Ramai yang mempunyai telinga tetapi di tulikan dari mendengar nasihat yang berguna, dan ramai yang mempunyai hati namun di matikan dari kejernihan iman dan taqwa. Dunia itu sendiri adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan itu ialah kesolehan para wanitanya. sebagaimana yang disabdakan oleh rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, maksudnya :
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
Allahu a'lam
0 bebelan comel:
Post a Comment