♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
Tika ini,
Langkah terasa payah,
Nafas terasa lelah,
Hati teramat gelisah,
Menghadapi ujian YANG MAHA ESA..
Kalbuku,
Yakinlah pada janji AR-RAHIM,
Kau tak pernah sendiri,
Tidak mungkin jua terasa sunyi,
Mustahil jua tandus tanpa cinta,
Kerana kasih NYA sentiasa ada buatmu…
Nuraniku,
Tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,
Teguhlah kau terus berdiri,
Kerana kau pasti mampu hadapinya,
Itu janji ALLAH yang Esa…
Perdu atmaku,
Biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,
Dari terleka mencari fatamorgana yang fana,
Berimanlah ini terbaik untukmu,
Segala tersurat sudah,
Kerana DIA KHALIQmu,
Maha mengetahui segala sesuatu,
Pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu….
Hidup ini indah bila rasa 'ALLAHkan ada'
"Hasbunallaha ni'mal wakeel"
Tenangkan hatiku dengan janji-janji-MU,
1 bebelan comel:
hai
Post a Comment