Thursday, December 29, 2011

motivasi dari Al Quran

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ

Duhai diri,
Dalam melangkah pergi, terkadang  diuji dengan seribu keperitan, terasa berat untuk melangkah apatah lagi untuk berlari. Namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah. Biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya. Namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya ketika bumi ditimpa hujan… 

Duhai diri,
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu.. Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah… Ayat-ayat yang diturunan olehNYA kepada junjungan besar untuk disampaikan…
Demikianlah KAMI bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.



Duhai diri, 
  Baca dan tadabbur ayat ini.. 
  Jadikan ayat ini sebagai terapi di kala tarbiyah ALLAH menyapa..
Agar dikau bisa menjadi seorang insan yang tabah…

“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin ALLAH; dan barang siapa beriman kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11 
  “(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNYAlah kami akan kembali”” – InnaliLLAHI Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Duhai diri, 
  Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1

Duhai diri,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…
“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286. 
“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan ALLAH kepadanya”- at-Talak : 7

Duhai diri, 
  Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu… Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya… Kau adalah insan yang kuat dan gagah … 
  “Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.

Duhai diri,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian… Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu… Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Duhai diri, 
ALLAH tahu kesedihan hatimu.. 
  ALLAH tahu kau rasa lemah disaat ini.. 
  Namun jika kau bersabar dan redha.. 
  Ganjarannya sangat besar, terlalu besar.. Percayalah!

ALLAH yang KUAT sedang melatih kamu untuk menjadi kuat. BERBAHAGIALAH!

Sunday, December 25, 2011

6 Penyakit Umat

USTAZ SYARHAN : 6 PENYAKIT UMAT
ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ



Sebagai Muqaddimah ceramahnya Ustaz Syarhan Abdul Halim Memulai dengan membaca Surah Maidah ayat 3 serta mengucapkan kalimah-kalimah yang indah dan sangat menyentuh hati sanubari kita sebagai yang mengaku mukmin. Ustaz menyapa hati kita dengan mengajak kita pertama dan selamanya marilah kita merafakkan mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kita pada Allah s.w.t kerana alhamdulillah di atas taufik dan hidayah dariNya dapat sama-sama kita menjalani kehidupan diatas muka bumi Allah s.w.t ini dengan kita berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah dan kita bersyukur kepada Allah s.w.t alhamdulillah hingga ke saat ini Allah s.w.t masih lagi memberikan hidayah kepada kita, kita berdoa mudah-mudahan hidayah Allah s.w.t itu akan berkekalan kepada kita InsyaAllah.

Alhamdulillah dan InsyaAllah pada tengahari ini ustaz dapat berkongsi dengan kita semua mengenai sebuah hadis yang berbunyi :-

عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ: سمَعِْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: سَيُصِيْبُ أُمَّتِي دَاءُ اْلأُمَمِ فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ وَمَا دَاءُ اْلأُمَمِ قَالَ : اَلْأَشَروَاْلبَطَرُ وَالتَّكَاثُرُ وَالتَّنَاجُشُ فِي الدُّنْيَا وَالتَّبَاغُضُ وَالتَّحَاسُدُ حَتَّى يَكُوْنَ اْلبَغْىُ
(رواه الحاكم)
Maksud:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu. Sahabat bertanya, “ Apakah penyakit-penyakit umat–umat terdahulu itu? Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab : “Penyakit-penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain”. ( Hadith riwayat al-Hakim )

Menyebut soal penyakit ini kata ustaz selalu kita dengar 3 serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung. Ni nabi tunjuk kat kita 6 serangkai. umat dulu dah terkena. Ni datang pula mengenai umat nabi. Memang tiada siapa yang mahu kena penyakit, kata ustaz. tiada siapa yang suka. jaranglah kita jumpa yang suka sakit, melainkan makam dia tinggi sungguh lah.. celah ustaz.

Daripada hidung selsema, kena selsema, apalagi senyum sikit turun...,senyum sikit turun... Siksa.. rasanya. Untuk mengelak penyakit, punya banyak ubat disimpan dirumah . Makjun tu usah kiralah banyaknya. Sekarang ni Nabi nak kata ada 6 penyakit yang jauh lebih dahsyat dari penyakit yang kita tengok dan dengar hari ini. Doktor pun tak dapat ubat penyakit ini.

Penyakit yang Nabi sebut yang melanda umat Nabi dan pernah melanda umat terdahulu sehingga Allah turun bala pada umat dulu, hingga Allah datangkan bermacam-macam bentuk musibah kepada mereka, disebabkan mereka tak mengira penyakit ni. Apa dia penyakit itu..?

Pertama :- اَلْأَشَر
terlalu banyak berseronok:

Oh.. penyakit rupanya.. terlalu banyak seronok. Bukan saya reka-reka ni, kata ustaz, ini nabi yang sebut, Lantas ustaz membawa satu kisah zaman itu:-

Zaman nabi seorang budak suka ikut nabi, apa yang nabi cakap dia tulis. murid yang setia. puak-puak kafir perasan dan jumpa budak ni, maka dia tegur budak itu 'apa yang kamu tulis, katanya apakah betul yang kamu tulis, kadang-kadang Muhammad suka, marah dan sebagainya. Atas dasar budak, maka dia pun rasa kelam kabut, berhenti tulis. Sehingga dia jumpa nabi dan bertanya, ya.. rasulullah..aku ni dulu rajin tulis, sekarang ni tak tulis, sebab orang tu tegur aku.
Nabi bersabda : tidak akan keluar dari mulut aku (sambil menunjukkan mulutnya) melainkan perkara benar.

Umat dulu, Allah hancur dan binasakan mereka kerana hidup mereka terlalu banyak seronok. Sama lah Umat kita hari ini. Ustaz menceritakan bagaimana baru-baru ni dalam satu forum, hasil forum dapat dibuat kesimpulan, yang melihat siaran agama di Oasis statistiknya negeri yang tertinggi, secara turutan, Selangor, kelantan, terengganu, kedah, perak, wilayah... terakhir sekali melaka. Yang tengok hiburan paling tinggi Sabah. Hiburan dah jadi suatu yang tak boleh dielak dalam masyarakat. Ini disebut oleh Nabi. bukan tak boleh seronok, tapi bagaimana sahabat seronok berbanding kita. sahabat seronok apabila diceritakan syurga. rasa nak masuk syurga terus dah. tapi kita macammana....?

Ada orang seronok pergi shoping. Sahabat, bila duduk dengan nabi, gembira..... lebih-lebih cerita pasal syurga. Bila agaknya kita nak sampai beribadat hingga rasa nak masuk syurga tak sabar-sabar. Atau penghuni syurga. Tapi seronok yang diinginkan adalah dizinkan oleh agama. tapi seronok kita hari ini melampaui batas, sampai tak terkawal, hiburan, kelab malam, itu bukan budaya kita, kadang-kadang boleh terjebak mengundang murka Allah.

Kedua, Nabi sebut yang melanda umat dulu, yang melanda umat aku ini :- اْلبَطَرُ

Apa maksudnya. Hidup dengan terlalu mewah. Islam tidak pernah melarang, tapi perangai manusia yang Allah rakamkan dalam al-Quran kemewahan hingga membinasakan mereka. sebab terlalu sangat hidup mewah. Selayaknya Nabi Muhammad s.a.w. Nabi, kekasih Allah, layak dan patutlah dia, isi dunia patut bagindalah dapat. tetapi kenapa Nabi tak hidup mewah.

Adakah anak-anak nabi ditinggalkan harta, kemewahan itu ada tak, tegas ustaz. Nabi mengayakan kehidupan yang tidak mewah. Firaun yang terlalu mewah lupa asal usul hingga mengaku tuhan. Bukan tak boleh, tapi macam mana kita mengayakan kehidupan kita sampai kita boleh bantu orang-orang lain dapat berkongsi sama. Namun tak semua boleh fikir seperti itu. Nabi kata, inilah penyakit..

Memang ada hadis lain menyebut kalau terlalu miskin jatuh kufur. Tapi kufur ini banyak maksud dari berbagai sudut. Bukanlah bererti berlumba-lumba cari mewah yang dibenarkan, hingga lupa apa di izin Allah dan apa yang tidak di izin Allah. Ustaz menyeru dan mengingatkan kita perlu ada kitab Sirah Nabawi, kisah hidup Rasulullah. sebab itu contoh terbaik.

Peliklah kalau kita contohkan sesuatu, kita suka memilih orang-orang kafir yang terkemuka. Kalau kita mencontohi nabi merujuk kitab-kitab sirah, Lalu dalam kitab sirah kita boleh ingat macam mana nabi hidup boleh meningkatkan keimanan kita.

Penyakit yang Ketiga :- التَّكَاثُرُ
menghimpunkan harta sebanyak mungkin

Hidup ini, rosak bila nak dapatkan harta sebanyak mungkin. Bukan tak boleh, tapi nabi sebut, akhir zaman nanti, umat aku dalam mencari harta dah tak kiralah dari yang halal atau yang haram. Sumber tak kira dah. sebab apa , sebab ada penyakit, tak kira, asal dapat harta sebanyak mungkin. Rupa-rupanya bila dah bergelumang dengan sumber yang dilarang oleh syarak ia menjadikan penyakit. Sedangkan nabi pesan kita cari yang halal sahaja. Sedangkan Halal itu jelas, yang haram juga jelas.
Ayat yang dibaca oleh ustaz dalam muqadimah kuliah beliau tadi, surah al-Maidah : 3 di sebut Allah,

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni'mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Quran menyebut dah cukup dah rezeki yang Allah bagi, tak kan nak ambik harta haram. Tetapi kata , nabi umat akhir tak kira sumber asalkan dapat harta. Itulah penyakitnya umat dahulu dan umat nabi sekarang.

Menarik perhatian kita, ustaz menegaskan, bahawa sepatutnya harta yang kita cari pasti sudah kita tahu sumber macammana kita boleh mendapatkannya.

Selain dari penyakit ini, Nabi sebut lagi penyakit

Keempat :- التَّنَاجُشُ فِي الدُّنْيَا

Berlumba-lumba mencari dunia. Hadis lain, 'akan ada umat aku sanggup menjual agama dengan semata-mata untuk mengaut keuntungan'

Sanggup mengadai agama. Agama dah sebut arak ni haram. di katanya sumber ekonomi yang terbesar. Tidak ada keyakinan dengan Allah. Hari ini, budaya arak menjadi budaya yang tak malu dikalangan kita. Boleh didapati dimana-mana. Dalam rumah pun sudah ada arak. Tanyalah ulama' ker, umarak ker, ular dalam semak ker... (lawak ustaz) semua akan kata, arak haram.

Arak termasuk di antara hukum had (hudud). Dalam islam ada hukum had. Yang tak akan berganjak walau berubah zaman hukum tetap sama. Iaitu lah hukum sebat 40 rotan. Bukan sebat macam digembar gembur sekarang. Pameran dalam penjara , tak boleh... gitu. Kena 2 das pun pengsan. Macam mana sebat pada penzina belum berkahwin 100 rotan. Dalam islam bukan begitu. boleh mati.. kalau sebat gitu.

Dalam islam, hukuman mati tak banyak. contoh keluar dari Islam, lepas nasihat baru boleh bunuh. Lainnya, Rejam sampai mati pada yang dah berkahwin, jika berzina. Tidak termasuk penzina bujang, yang mana bujang hukumannya sebat. kalau gaya angkat macam tadi mati orang tu nanti. Hukum islam, sebat tak boleh kurang, tambah tak apa. Zaman Saidina Umar al-Khattab, dengan 80 rotan baru berhenti mereka yang minum arak, maka Umar sebat 80 rotan sesuai keadaan zaman dia. Dia buat hukum takzir. Hukum arak ni Kurang tak boleh, tambah tak apa.

Ustaz menceritakan demikian nak mengambarkan bahawa kadang-kadang sebahagian masyarakat kita tidak melihat hukum yang Allah tetap kan itu, bukanlah hakikatnya islam itu nak jatuh hukum dekat orang, tetapi suatu pencegahan daripada Allah. Hasil tidak menerima hukum dari Allah, tengok berlambak orang minum arak. Ramai yang tak rasa berdosa. Bahkan melawan dengan berbagai alasan. kata tak mabuklah.. minum sikitlah.. Bukan sebab dinamakan arak, menyebabkan ia haram. Bukan sebab 'nama' .Asal memabukkan, maka itu dihukumkan haram.

"Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim)
Ustaz membawa cerita seorang yang nak berkongsi business orang tersebut iaitu rakannya, ada jual arak. katanya dia minum sikit aje, bukan banyak dan bukan mabuk. Bila sebut haram, bukan kira sikit ke banyak. Hukumnya tetap kata ustaz.
Inilah yang Nabi sebut nak berlumba-lumba nak capai dunia itu tidak menghirau halal dan haram.
Kelima :- التَّبَاغُضُ
Saling memarahi, tiada toleransi, asyik nak bergaduh je sesama umat islam. Kita dalam islam ni, nabi sebut dalam satu hadis, yang memberi maksud,

orang yang tidak ambil peduli tentang umat islam. maksudnya ambil berat, hadis lain juga nabi menyentuh bukan di kalangan aku hidup mewah, makanan nya sedap sedang jirannya kebuluran. Nabi sebut tak beriman. Nabi jaga dan perihatin sosial masyarakat. Ada cara kita hidup dengan saudara islam kita. Orang kafir juga kalau tidak cari pasal dengan kita, kita kena hormat dia. Nabi sebut dalam satu hadis...

Sabda Nabi SAW:

من آذى ذميًا فقد آذاني ومن آذاني فقد آذى الله
Maksudnya;“Barangsiapa menyakiti Zimmi, maka dia telah menyakitiku, barangsiapa menyakitiku, maka sesungguhnya dia telah menyakiti Allah

Siapa Kafir zimmi ni..?, dia duduk dalam negara islam, dia pun hormat pada pemerintah umat islam, dia tak kacau tempat ibadat umat islam, hidup susah senang, suka duka sama dengan umat islam, nabi kata, siapa yang menyakiti orang kafir zimmi ni, sama macam menyakiti baginda, kata Nabi s.a.w.

Ini menunjukkan Kalau dengan orang kafir pun nabi suruh jaga, apatah lagi dengan sesama islam kita. Tapi kita tidak, salah sikit je bergaduh, tidak bagi keluarga bertegur sapa 7 keturunan, ada yang sampai 14 keturunan. Kadang-kadang sebab pokok pelam masuk rumah dia, sebab marah menyapu daun aje. Daun Kelapa jatuh ke dalam rumah je. Sebab apa jadi macam ni, kata ustaz, sebab ada penyakit di hatinya penyakit kira nak marah je, tak boleh pandang muka.

Nabi orang kafir lumur tahi unta atas kepala, nabi tak marah sebab dalam hati nabi berkata dia tahu orang itu akan condong pada islam suatu hari nanti. Bukan bermakna nabi dayus. Berapa banyak perang nabi telah sertai. kita berapa banyak yang kita berperang, soal ustaz.

Nak beritahunya, Tapi nabi tak marah, kita... pantang di sentuh sikit nak marah.

Yang terakhir kata ustaz, penyakit yang melanda kita, iaitu yang

Keenam :- َالتَّحَاسُدُ حَتَّى يَكُوْنَ اْلبَغْىُ
hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain

Hasad ini, yang diizinkan oleh agama ada 2 hasad aje kata ustaz. Satu hasad pada orang yang ada ilmu, tengok alim ulama' , tengok muka aje dah sejuk dah dalam poket dia, baju dia ada al-Quran. Memahami bacaan al-Quran. kita ada hasad dengan dia, agar berlumba-lumba mencari ilmu. Bukan hasad pergi jumpa bomoh bagi dia tak boleh baca Quran kata ustaz. Bukan..bukan itu maksudnya. kita hasad supaya kita berlumba nak jadi macam dia. Supaya kita dapat rasa pentingnya ilmu tu.

Keduanya, boleh ada hasad pada orang yang ada harta dia infakkan di jalan Allah. kita rasa hasad dan cemburu agar usaha cari harta nak infak juga macam dia. InsyaAllah, bila aku berjaya, mana-mana yang perlukan, susah, anak yatim kita akan bantu.

Tapi kita hasad , maka sebab hasad semua jadi tidak aman dan tidak bahagia dan kelam kabut. kata ustaz dalam menjaga jasmani, kita jaga juga penyakit-penyakit tadi agar ada benteng tidak mengenai diri kita penyakit yang Rasulullah sebutkan tadi. Ambillah peringatan ini sebagai satu menafaat untuk hidup kita seru ustaz, menamati kuliahnya pada tengahari tersebut.

Saturday, December 24, 2011

sifat2 zaujah solihah [=


Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:
Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud:
Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, 
Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.

Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam
Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.

Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".

Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk 
istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: 
Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

Friday, December 23, 2011

bertunang = bercouple??






ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ









Kita semua tahu, bertunang itu ada dalam agama. Tetapi kita kadang2 lupa, bahawa setiap urusan agama ada tujuan ( maqasid ) yang tersendiri. Poligami sebagai contoh, tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan 'senjata' kononnya sunnah , lalu diambil sambil lewa sehingga mencetuskan pelbagai kes penganiayaan kepada wanita dan sebagainya. 


Bertunang juga begitu. Tujuan utamanya adalah untuk lebih mengenali antara satu sama lain, bukan sahaja dari segi individu tetapi juga dari segi keluarga. Dan perhubungan ini WAJIB dikawal. Sebab itu, bila melibatkan keluarga, maka ia diharap menjadi satu garis sempadan yang boleh menjaga dan mengawal.


Dalam fatrah bertunang pula, sebaiknya peluang itu diguna sebaik mungkin untuk menyiapkan diri secara serius, membuat perbincangan berkaitan masa depan serta menguruskan hal ehwal perkahwinan. Begitu juga fatrah pertunangan sewajarnya dimanfaatkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaanantara satu sama lain. Dari situ, ia akan memberi kesan yang positif secara bersama selepas perkahwinan nanti.


Baik, sekarang kita perlu perbetulkan kembali tanggapan kita kepada pertunangan itu sendiri.


Cuba lihat sekeliling kita, berapa ramai manusia yang gagal membezakan antara bercouple dan bertunang?



Contoh situasi :


Keluar berduaan setiap minggu. Naik kereta bersama. Pergi shopping bersama. Makan bersama. Kemudian berpegangan tangan setiap kali berjumpa. Dekat facebook penuh dengan gambar berdua. Apabila ditanya, katanya : kami sudah bertunang. ( mak ayah pun bagi ).


S
ubhannALLAH. Geleng kepala.


A
nda sudah memijak satu anak tangga menuju perkahwinan, tinggal masa untuk akad nikah sahaja lagi, alangkah sayangnya kalau anda masih tidak tahu apa itu pertunangan yang sebenarnya dalam Islam.



TUNANG=COUPLE?


Ramai yang masih keliru. Bila hawa nafsu menguasai diri syariat ditolak tepi. Hari ini ramai orang mengikat tali pertunangan, kemudian melakukan hal yang serupa sewaktu belum bertunang, atau hal-hal yang kebiasaannya dilakukan oleh orang bercouple, kemudian menganggap itu sebagai 'halal'.


Sebenarnya, dalam situasi sedemikian, anda sebenarnya tetap dikira sebagai bercouple. Pandangan anda kepada pasangan pada keadaan-keadaan yang tidak diharuskan, tetap haram. Pegang tangan, tetap haram. Pakai wangi-wangi keluar dating, tetap haram, bergayut lama-lama dan bercakap hal-hal yang tidak berkaitan, tetap haram. Melakukan perkara-perkara yang boleh membawa mukaddimah zina, tetap haram. Walaupun ada telah diikat dengan tali pertunangan. 





Jadi kena faham ; bertunang tidak menghalalkan sesuatu apa pun yang diharamkan sebelum bertunang.



Bertunang itu bagaimana?


Ibaratnya, ada mengikat janji. Itu sahaja. Janji untuk berkahwin kiranya ada jodoh. Apabila telah ditunangkan, maka si perempuan tidak lagi boleh menerima pinangan dari orang lain.


Pada saya, bertunang sehingga 4,5 tahun bukan suatu perkara yang bagus. Bahkan kalau ada kawan-kawan yang bertanya pendapat tentang bertunang, saya akan nyatakan demikian. Usahlah bersyarah kepada saya tentang contoh si fulan dan si fulan yang 'berjaya' , tetapi tolong baca dengan mata hati segala kisah kegagalan sedia ada akibat dari pertunangan yang terlalu lama. Apa relevannya anda mengikat seorang wanita sehingga bertahun-tahun, dalam keadaan anda tidak nampak jalan untuk mengahwininya?


Saya tidak menolak secara mutlak, dan tidak mengatakan boleh secara mutlak. Ia bergantung kepada situasi.


Cuma, kalau ditanya bertunang itu bagaimana, jawabnya seperti di atas. Tidak sesekali pertunangan itu menjadi lesen atau tiket untuk anda ringan-ringan, keluar berdua-duan atau bersentuhan. Jika itu anda lakukan, maka hukumnya tetap haram.



Realiti


Sedikit sangat yang benar-benar mengikut 'undang-undang' ketika tempoh pertunangan. Rata-ratanya main redah sahaja. Pada saya, realiti ini sangat menyedihkan.Ia sangat memberi kesan pada HATI.


Melihat situasi dikampus saya sendiri ramai juga yang bertunang tanpa pengetahuan parent. Maka berlakulah perkara-perkara yang tidak sepatutnya(dating etc) Sememangnya pertunangan itu terjalin apabila seorang lelaki menyatakan hasrat untuk mengambil si perempuan sebagai isteri dan si perempuan bersetuju walaupun tanpa pengetahuan ibu bapa. Tetapi pada pandangan ana, jika lelaki tersebut tak berani berdepan dengan ibu bapa si perempuan jelas si lelaki masih belum serius. Kenapa mesti bertanya kepada empunya badan sebelum bertanya kepada TUAN PEMILIK badan dan penjaga si empunya badan? Adakah si permpuan anak yatim piatu? Jika dari awal(bertunang) sudah tidak syara’ penghujungnya(pernikahan) mungkin tidak syara’ juga.

Rumah tangga yang berkat bukan sahaja perlu di jaga selepas perkahwinan tapi sebelum proses perkahwinan, proses ta’aruf, proses pertunangan dan sebagainya,

Anda mahu menuju sebuah perhubungan yang diredhai, lalu anda bertunang. Satu langkah yang murni telah anda mulakan. Tapi sayangnya, anda tidak benar-benar menjaga hubungan tersebut sebagai satu amanah dari ALLAH. Apakah anda menyangka anda mampu menjaga amanah ALLAH selepas berkahwin, sedangkan sebelum berkahwin anda tidak pernah mahu menjaganya? Tepuk dada, tanya iman.



Nasihat


Ada orang bertanya kepada saya tentang pertunangan. Dirinya sudah diikat agak lama, tetapi si lelaki nampaknya tidak serius dan tidak bersedia. Tambah menyedihkan, sebarang usaha ke arah perkahwinan juga tidak kelihatan. Malah kelihatannya agak 'selesa' dengan perhubungan seperti itu.


Saya katakan begini. Apabila anda berada dalam fatrah pertunangan, sewajarnya anda mampu berbincang dan saling menguatkan demi mencapai matlamat yang telah diletakkan , iaitu pernikahan. Justeru, sebarang kelemahan perlu dikenalpasti dan seboleh mungkin cuba diatasi. Jangan biarkan diri anda ibarat digantung tak bertali.


Apatah lagi, dalam kes-kes sebegini, biasanya terdapat lelaki yang tidak serius pun dengan pertunangan, sebaliknya masih gemar mencari pasangan lain dalam diam. Mereka tidak suka berusaha keras ke arah perkahwinan, sebaliknya lebih selesa dengan perhubungan tanpa tekanan. Pada saya, ini menggambarkan keadaan mereka yang masih tidak bersedia memikul tanggungjawab dan masih gemar bermain-main.


Kalau setahun hingga 3 tahun, mungkin boleh bertahan lagi. Tetapi kalau menjangkau 4 tahun atau lebih, dan keadaan itu masih berterusan, sebaiknya buatlah keputusan. Samada mahu meneruskan pertunangan dengan target yang jelas, atau mohon dilepaskan supaya dapat memberi peluang kepada yang lain.

Memang benar, situasi yang kerap berlaku adalah ; si perempuan sudah bersedia, tetapi si lelaki pula yang tidak 'gentle'. Ini masalahnya. So, anda lelaki, kenalah buktikan kelelakian anda!



Kesimpulan


1- Bertunang tidak sama dengan bercouple , kerana pertunangan itu sebahagian dari syariat Islam yang mempunyai maqasid tersendiri.

2- Bertunang boleh menjadi sama dengan bercouple, terutama dalam bab dosa pahalanya, iaitu apabila masing2 tidak menjaga batas yang telah digariskan oleh syara'.

3- Dalam bab hubungan lelaki dan perempuan ( ikhtilat ) , tiada pendapat yang syadid mahupun tidak syadid, secara dasarnya. Ini kerana kesemua pendapat tetap merujuk kepada nas Al-Quran dan Sunnah, yang mana meletakkan garis panduan yang jelas dan terang.






4- Method menyatakan larangan, menegah, mencegah dan sebagainya boleh menjadi penentu penerimaan orang yang mendengar. Ada orang boleh terima dengan cara direct, ada orang perlu dipujuk, ada orang perlu berkias dan sebagainya.


5- Lafaz akad nikah adalah satu-satunya cara yang boleh menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan, manakala selain itu tidak ada.



¯`v´¯).♥Moga ada manfaatnya♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`

..¸.•´♥..♥♥.♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´​¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..

♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸​¸.•*¨*•♥

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma