Thursday, May 31, 2012

nota buat diri *²

                             ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


                                   

ALLAH mahu kita belajar.

Sebab itu DIA berikan kita ujian.

ALLAH mahu kita perbaiki diri.

Sebab itu DIA berikan kita masalah.





Indahnya sangka baik kepada ALLAH SWT.
—————————————-
Air mata memang akan mengalir.
Tetapi kerana sangka baik tadi,
langkahan takkan pernah berakhir.
:')

~Hilal Asyraf~
Anas bin Malik r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Pada hari kiamat nanti akan disediakan timbangan, maka datang para ahli solat, maka pahala mereka diberi dan setelah ditimbang lalu datang orang ahli puasa, maka pahalanya diberi setelah ditimbang, lalu datang ahli sedekah, maka pahalanya diberi dengan cara ditimbang, lalu datang orang yang mengerjakan ibadah haji, lalu pahalanya diberi juga dengan ditimbang, lalu datang pula orang-orang yang pernah ditimpa musibah, maka pahala untuk mereka tanpa dihitung dan tanpa ditimbang. Lalu Rasulullah s.a.w. membaca firman ALLAH:Ertinya: “Sesungguhnya ALLAH akan memberikan pahala kepada orang-orang yang sabar tanpa dihitung.”(Az-Zumar: 10) ALLAH..ALLAH T_T

nota buat diri *1

                               ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


                            



Dalam kehidupan, jangan kita mudah berputus asa.. InshALLAH ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.. sentiasalah berfikiran positif kerana ALLAH mendugamu bukan kerna DIA mahu menyusahkan dirimu tetapi DIA ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNYA.. 




"Aku BELAJAR menjadi insan REDHA, dalam mengharungi UJIAN yang TIBA..Aku CUBA jadi BAHAGIA, walau HATI sarat PENUH DUKA.. Kerana aku tahu DIA sentiasa DISISI dengan CINTANYA,bersama UJIAN yg sedang ku RASA,DIA sedang MENGAJAR aku dengan 1001 caraNYA



:')

“Kadangkala, ALLAH memang akan menguji kita hingga kita terasa seperti hendak jatuh ke dalam gaung. Semuanya untuk menguji kepercayaan kita kepadaNYA.Persoalannya adalah kepada kita. Sejauh mana kita mampu bertahan dengan ujianNYA. -Hilal Asyraf(Official)- 

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma