Wednesday, October 9, 2013

hope.

Bismillah.

Allah.

Engkau saja mengetahui setiap kelemahan kami, kekurangan kami, keteruk'an kami, kesombongan kami, keterlanjuran kami, dosa-dosa kami dan setiap inci dalam kehidupan kami.

Jangan kau palingkan hati-hati kami. 

Engkau mengajari ku, tidak ada siapa yang boleh menolong, kecuali Engkau Ya Allah.
Engkau mengajari ku, ujian yang kau timpakan itu disebabkan Kau rindu akan keluhan dan tangisan ku.

*

Never lost hope in Allah, dear self. Allah is always there for u. Remember that.
Allah never gives up on us. 

Go back to Allah, dan the quran. 

Tawakkal.

Please.

Wake up and Change.



Saturday, October 5, 2013

tak boleh, boleh.

• بسم الله الرحمن الرحيم •

Pernah dengar tak ayat-ayat ni?

Ayat 1 : "Buat ape nak puasa,  solat pun takkk! Baik tak payah puasa terus! "

Ayat 2 : " Ey, bro. Kau tau tak, aritu aku ade nampak sorang minah ni. Puasa tapi tak pakai tudung.   Haptuihh. Sia-sia je! "

Ayat 3 : "Buat apa berubah kalau setakat kerana nak dapat suami/isteri yang soleh/solehah? Hampeh."


Inilah ayat-ayat yang kita biasa dengar. Dan ini adalah mentaliti yang segelintir daripada umat kita ada yang menyebabkan orang tawar hati untuk berubah. Tawar hati untuk cuba, walaupun sekecil zarah cuma.

Hey bro, Allah itu Maha Kreatif tahu?

Dia ada pelbagai cara untuk memberi hidayah pada manusia. Cara dan pendekatan yang kadang-kadang kita tidak pernah mengerti, tidak pernah terfikir. 


Mengikut Abbas As-Sisi dalam bukunya, At-Toriq ilal Qulub (Jalan Menuju Ke Hati),
Setiap hati ada kuncinya.
Setiap orang ada weakspot-nya yang tersendiri. Kadang-kadang orang yang nampak kasar luarannya akan tersentuh hati dengan benda-benda yang paling comel. Dan kadang-kaang orang yang lembut luarannya ada hati  dan jiwa yang keras. Setiap orang ada kunci hatinya yang unik. Seorang dai'e yang ingin menyentuh dan menghidupkan jiwa-jiwa ini perlu menghabiskan banyak masanya terlebih dahulu untuk mengetahui kunci kepada hati mad'unya.

Dan siapa lagi yang paling mengetahui kunci-kunci kepada hati-hati kita selain Dia? 

Ada orang yang bersemangat untuk puasa tapi masih belum ingin untuk solat penuh.

Ada orang yang tertarik untuk puasa Ramadhan kerana 'feel' dan environment Ramadhan tetapi masih belum bersedia untuk  menutup aurat dengan sempurna

Ada orang yang berubah kerana nak jadi orang yang baik kepada pasangannya tetapi belum bulat tekadnya untuk Allah semata-mata

Ada orang yang rasa nak solat berjemaah penuh tetapi Subuhnya selalu gajah.

Ada orang yang teringin baca Quran sebab suka mengalunkan suara bukan untuk meneliti maksudnya,

Itu semua adalah cara Allah nak suruh hambaNya kembali. Dan setiap orang lain caranya.
Siapa kita untuk menafikannya?


Tapi betolla, niat tu kena betul. Kompas itu harus diarahkan ke tempat yang sepatutnya Ia harus disucikan. Kerana Allah semata-mata.

Tapi cumanya, why the negative tone and language? 
Jangan matikan keinginan itu. Sucikanlah ia.

Begitu juga dengan kita. Kadang-kadang kita terasa "down" kerana dosa yang dilakukan berulang-ulang kali walaupun kerap kali kita bertaubat. Walaupun perasaan menyesal dan kecewa itu perlu, tapi janganlah sampai itu menghalang kita beramal ketika hati kita tergerak. Kerana itu petanda Allah ingin kita kembali kepadanya. Walaupun amal yang kita rasa sangat kecil.

Dan janganlah mengecam hati kita di saat ia tergerak kerana sebab yang bukan kerana Allah . Kerana ikhlas itu kadang-kadang datang selepas amal.

Dan Allah yang paling pandai menggoda hati kita. Mungkin ia datang dalam bentuk yang berbeza, tapi semuanya dari Allah. Kalau tak boleh semua, jangan tinggal semua!
Bila hidup hampa dirasa,
Mungkinkah hati merindu kan Dia.

-Opick ft. Melly Goeslow, Takdir-

♥~والله اعلم ~♥

Sunday, September 29, 2013

lupa.


 ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Bila ujian datang,

kadang-kadang benda paling susah adalah hendak bersyukur ketika dapat ujian

terutama ujian kesusahan.

titik.

bila ditimpa ujian kesusahan,
kita sangat-sangat merintih pada Allah dalam dua dan sujud2 kita,
menangis menitis air mata, memohon agar dikurniakan rahmat , petunjuk dan kasih sayangNya.

akan tetapi kdg2 lupa untuk kita bersyukur.

yes.

bersyukur dengan ujian.

kerana kita tak tahu amal mana yang tinggi darjatnya di mata Allah

kita juga tak tahu amal mana yang memberatkan neraca mizan kita di akhirat kelak.

kerna Allah juga sedang mengajar erti sabar dengan erti yang sebenarnya.

sungguh, aturan Allah itu jualah terbaik!

Friday, September 6, 2013

Back 2 Him

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥


Terlalu banyak perkara yang berlaku.
Semakin kita lama dalam jalan ini,
betapa kita sangat meyaqini, hidayah itu hanya datang dari Allah.

Kembali pada Allah,

Moga kita diberi petunjuk iAllah.

Mana - mana tempat pon macam - macam masalah da'wah ada.

Dari soal pembinaan murabbi, mutarabbi, waqi', dan macam - macam lgi masalah.

Memerlukan hidayah Allah untuk betul - betul untuk menganalisa dan berfikir demi kebaikan da'wah ini.

Put everything into plan n action!

Moga terus diberi kekuatan In Sha Allah, jangan lupa doa byk2.

kadang2 tak semua benda kita boleh express dalam blog, but kita doakan diri - diri kita semua terus istiqamah menapaki jalan da'wah ini InShaAllah. 
jalan yang tak pernah ade carpet merah.

jalan yang sentiasa payah. 



coretan yang agak berterabur.
moga Allah permudahkan di lain waktu.

Thursday, August 29, 2013

kerana ia hidup.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥



Kerana aku sungguh tidak layak untuk menutur kata-kata


dek sedikit benar amalanku, 
sedikit benar bacaanku, 
sedikit benar jihadku, 


tidak seperti mereka - mereka yang sungguh tinggi imannya, hebat hamasahnya, jitu langkah perjuangannya. 


Laksana kaum salaf yang terlebih dahulu mengimani jalan da'wah ini, 
dan amal mereka mendahului kata-kata mereka. 
dan mereka lebih menyukai untuk diam berbanding bercakap, lantas pabila mengukir perkataan di bibir, 
itu dapat memadamkan kemaraan jahiliyyah. 


kerana da'wah ini membuatkan hati dan perasaan kita hidup, 
hati yang sentiasa berurusan dengan Allah, setiap saat dalam tindak tanduk merasai diawasi oleh Allah rabbul jalil. 
juga ketinggian tawakkal dan kebergantungan dengan Allah!


"sesungguhnya perasaan yang hidup itulah yang menjadikan rahsia keberadaan dan kebangkitan kita” 

(Abbas As-Siisiy)



hidupkan hati kita untuk sentiasa memiliki iman yang menggerakkan. 
be it melalui apa jua pon. 
sila berusaha. tarbiyyah dan da'wah ini melahirkan jiwa daie yang cukup kental,  
tidak cair dan lesu, 
ke mana - mana perasaannya hidup. 
mendarahkan dagingkan da'wah hinggakan setiap denyutan jantung itu tidak lari dari memikirkan da'wah Allah yang terlalu suci ini. 


ayuh, kita terus memurnikan langkah, moga kita tidak menjadi beban kepada orang yang membina kita (petikan buku al-awaiq). 
medan beramal di depan mata kita. Allahuakbar. 


hari ini saya terbaca tentang syurga tulisan amru khalid dalam buku hati sebening mata air, 
cepat membuatkan  hati saya terus sayu memikirkan layakkah saya untuk memasuki syurga Allah yang menjangkaui expectation kita.Sungguh.  
Allah ini terlalu menyayangi kita semua. T_________T




>>moga hati ini sentiasa di tetapkan di jalan-Nya


Thursday, July 25, 2013

kefahaman

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥






Kerna kefahaman dakwah yang kita fahami adalah,

membina manusia , membina rijal buat ummah,
membina rijal islam yang boleh juga membina rijal lain.

lantas ia bukan perkara yang mudah. bukan dakwah semborono, ikut suka hati aku nak buat macam mana.
memerlukan critical thinkers aka qaedah sulbah yang dapat menyuluh jiwa ummah dengan cahayaNya



pentingnya follow up.
program giga super power dan super saiya pon tak bererti,
tanpa follow up yang power, disertai kuasa muayasyah

dan tidak bermakna kita sama sekali mengenepikan dakwah-dakwah umum,
akan tetapi inilah prioriti kita.

understand prioriti dan beramal lah mengikut kefahaman kamu.
cara dan corak kita ditarbiyyah sangat mempengaruhi saat kita mentarbiyyah orang.
jika kita boleh lagi main-main dalam mentarbiyyah diri sendiri, kita juga akan main-main dalam mentarbiyyah orang lain. and vise versa ?? (perhaps)

teruslah bergantung pada Allah, dan terikat hubungan nya dengan Allah. Dia satu-satunya SUMBER kekuatan, petunjuk dan rahmat buat kita.



in sha Allah ;)
Wallahu A'lam....






Saturday, July 6, 2013

satu.lapan

  ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ




Genta waktu ligat berputar
Mengiring malam dan siang
Silih berganti
Membawa bersama bayu kelmarin
Pergi.
Pergi membawa segenap memori
Meninggalkan sisa-sisa usia
Yang tiap detik bakal mendikit
Ya.
Semakin hampir dengan gerbang bertemu Ilahi


SATU.LAPAN.
Angka itu setapak lagi ke hadapan.
Sedang amal ku?
Masih bersimpuh di anak tangga kelmarin.
Kelmarin yang telah mati..

Moga tiap sisipan nafas yang dikurnia Ilahi
Mampu ku bangkit
Menabur ibadat menyulam budi
Moga sejuring keimanan memandu nurani






jazakumullah khairan katsiran buat sahabat² yang sudi mendoakan saya. 'Alaikum aidhan.;)
yang lebih utama, buat mak dan ayah. tanpa mereka tidak akan lahir saya ke dunia. Syukur kepada Allah. Alhamdulillah!

Friday, July 5, 2013

fantasyiru!

                                    ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


By The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Orang yang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih,jika tidak, kan keruh mengenang.

Singa jika tidak  tinggalkan sarang tidak akan dapat mangsa.
Anak panah jika tidak tinggalkan busur, tidak kan kena pada sasaran.

Jika matahari  di orbitnya  tidak bergerak dan terus diam,
Tentu manusia bosan padanya dan tidak mahu memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tidak ubah persis kayu biasa
Jika terus pegun di dalam hutan.        -IMAM.MUHAMMAD.IBNU.IDRIS.AS-SYAFI'E-


Perjalanan,
Tidak pernah luput dari ujian,
Bunga-bunga nan berduri.
Indah tertancap di kornea mata
Namun pedihnya menyakitkan
Dingin yang mencengkam.
Gigilku menggigil.
Hanya DIA yang menentukan segalanya.
Mulakan langkah,
BISMILLAH. . .



" !!!انا رمى من رماية الأسلام... فارمى أين ما شئت "

Friday, May 10, 2013

youth's types

*ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Abu Huraira (رضي الله عنه) reported: The Messenger of Allah (ﷺ) said: “When the human being dies, his deeds come to an end except for three: ongoing charity, beneficial knowledge, or a righteous child who prays for him.”
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
(Sahih Muslim, Book 013, Number 4005)
Taken by Isa Ebrahim



There are three types of young people. The upright, the corrupt, and the confused.
The Upright young people are believers in every sense of the word. They believe in their religion in such a way that they love it and are convinced by and content with it. They regard embracing it as profit and denial of it as clear loss.
The corrupt young people are religiously deviating, behaviorally reckless, self-deluded, and engulfed by their own vices.They do not accept truth from others, do not refrain from falsehood that is inherent in their minds, and are selfish in their conduct.
The confused young people are the ones who are uncertain,irresolute, and at a crossroad. They know the truth and are sure of it. They live in a religiously conservative society but have the misfortune of being exposed to evil channels from every direction. They are exposed to evils like scepticism about the truthfulness of the Muslim creed, corruption in conduct and behavior decadence in actions, attack on the established-customs and traditions.

Sheikh ibn ‘Uthaymeen (rahimahullah) [Taken from: Mushkilaat Ash-Shabaab - Youth’s Problems] 

Thursday, May 9, 2013

permudahkanlah



اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla
Meaning: “O Allaah. There is nothing easy except what You make easy, and You make the difficult easy if it be Your Will”


اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla


Meaning: “O Allaah. There is nothing easy except what You make easy, and You make the difficult easy if it be Your Will”












































Ya Allah, permudahkanlah segala urusan.
oh, biasiswa.....

Wednesday, May 1, 2013

solid

Before kita memahami akan dakwah,

betapa sangat penting untuk kita memahami islam sesolid- solidnya,

boleh jadi kefahaman islam yang fragile membuatkan kita boleh futur.

jangan terlalu nak ikut timeline, nak sangat mutarabbi kita faham dakwah, dan buat dakwah,

before diri mereka itu sendiri immerse dengan islam, memahami hakikat islam, hakikat iman, hakikat syahadah, hakikat beriman pada hari akhirat dengan sebenar-benarnya.

Muhasabah sendiri, kadang2 kita terlalu risau kenapa mereka tu tak faham2 dakwah, tak faham2 pentingnya tarbiyyah

maybe kena cek balik bagaimana dia dengan Allah, izzah nya dengan islam, memahami dan merasai makna iman yang sebenar.

maybe di sebabkan background kita sendiri yang tersentuh dengan keindahan dakwah dan tarbiyyah secara sukarela, tanpa perlu di solidkan btol2 kefahaman islam, maybe sebab dah ada background islami?

hu, tapi kadang-kadang hakikatnya, kita yang kata kita beriman, meyaqini jalan dakwah tarbiyyah sebenarnya tak solid betul2 pon kefahaman terhadap islam, sobs~~

ok sekadar muhasabah ;)

n paling penting semua manusia, tak sama ;)

Thursday, April 11, 2013

Al-Insan


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ





Al-Insan
Al-Insan maksudnya manusia. 
Special Allah turunkan surah ini untuk kita. 

Antara gist:
1) Manusia, asal usul manusia. Hubungan manusia dan alam. 
2) Perencanaan Allah
3) Ganjaran syurga 
4) Perjuangan Rasulullah
5) Pujukan Allah untuk kembali kepada Nya

Kalau kita benar-benar mengimani al quran, 
tak perlu di syarahkan kepada kita berkali-kali pengisian Syahadatul Haq yang 
dikatakan berjaya menukar paradigm manusia.
Cukuplah ayat-ayat Allah itu berbekas di hati manusia dan meneguhkan aqeedah kita.
Dengan iman yang mendalam dan kuat pada al-quran, kalau tak dapat pengisian SH
 sekalipun, kita rasa nk buat da'wah dan amar ma'ruf nahi mungkar. 
Allahuakbar.

Islam itu tidak susah,
Apa-apa yang selain islam itu lebih susah sebenarnya. 





(rujukan tafseer zilal dan tafseer al maududi)

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma