Thursday, July 25, 2013

kefahaman

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥






Kerna kefahaman dakwah yang kita fahami adalah,

membina manusia , membina rijal buat ummah,
membina rijal islam yang boleh juga membina rijal lain.

lantas ia bukan perkara yang mudah. bukan dakwah semborono, ikut suka hati aku nak buat macam mana.
memerlukan critical thinkers aka qaedah sulbah yang dapat menyuluh jiwa ummah dengan cahayaNya



pentingnya follow up.
program giga super power dan super saiya pon tak bererti,
tanpa follow up yang power, disertai kuasa muayasyah

dan tidak bermakna kita sama sekali mengenepikan dakwah-dakwah umum,
akan tetapi inilah prioriti kita.

understand prioriti dan beramal lah mengikut kefahaman kamu.
cara dan corak kita ditarbiyyah sangat mempengaruhi saat kita mentarbiyyah orang.
jika kita boleh lagi main-main dalam mentarbiyyah diri sendiri, kita juga akan main-main dalam mentarbiyyah orang lain. and vise versa ?? (perhaps)

teruslah bergantung pada Allah, dan terikat hubungan nya dengan Allah. Dia satu-satunya SUMBER kekuatan, petunjuk dan rahmat buat kita.



in sha Allah ;)
Wallahu A'lam....






Saturday, July 6, 2013

satu.lapan

  ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ




Genta waktu ligat berputar
Mengiring malam dan siang
Silih berganti
Membawa bersama bayu kelmarin
Pergi.
Pergi membawa segenap memori
Meninggalkan sisa-sisa usia
Yang tiap detik bakal mendikit
Ya.
Semakin hampir dengan gerbang bertemu Ilahi


SATU.LAPAN.
Angka itu setapak lagi ke hadapan.
Sedang amal ku?
Masih bersimpuh di anak tangga kelmarin.
Kelmarin yang telah mati..

Moga tiap sisipan nafas yang dikurnia Ilahi
Mampu ku bangkit
Menabur ibadat menyulam budi
Moga sejuring keimanan memandu nurani






jazakumullah khairan katsiran buat sahabat² yang sudi mendoakan saya. 'Alaikum aidhan.;)
yang lebih utama, buat mak dan ayah. tanpa mereka tidak akan lahir saya ke dunia. Syukur kepada Allah. Alhamdulillah!

Friday, July 5, 2013

fantasyiru!

                                    ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


By The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Orang yang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih,jika tidak, kan keruh mengenang.

Singa jika tidak  tinggalkan sarang tidak akan dapat mangsa.
Anak panah jika tidak tinggalkan busur, tidak kan kena pada sasaran.

Jika matahari  di orbitnya  tidak bergerak dan terus diam,
Tentu manusia bosan padanya dan tidak mahu memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tidak ubah persis kayu biasa
Jika terus pegun di dalam hutan.        -IMAM.MUHAMMAD.IBNU.IDRIS.AS-SYAFI'E-


Perjalanan,
Tidak pernah luput dari ujian,
Bunga-bunga nan berduri.
Indah tertancap di kornea mata
Namun pedihnya menyakitkan
Dingin yang mencengkam.
Gigilku menggigil.
Hanya DIA yang menentukan segalanya.
Mulakan langkah,
BISMILLAH. . .



" !!!انا رمى من رماية الأسلام... فارمى أين ما شئت "

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma