Monday, March 25, 2013

Menguji sayang



ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ



 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

MENGUJI   SAYANG ...


Rintik-rintik ujian

gugur mengguyur menimpamu

sejuk yang mencengkam

dingin yang menikam

gigil kau menggigil

mendakap tubuh

sendirian.


Tak terlihat dek mata

namun terasa di jiwa
kau tak dibiar sendiri
sejuk yang mencengkam
dingin yang menikam
bukan kerna benci
tapi menguji sayang.

Hujan ujian
guntur musibah
bila dipayungi sabar
bila kautadah pasrah
merentang jalan ke jannah.

DIA berimu hujan
DIA caturkan kilat
untuk sediakan pelangi indah
selepas hujan teduh.

DIA hanya mahu menguji sayang
dengan sedikit payah
kerana
semakin payah
semakin indah
semakin mudah ke Jannah!!
 
Kita merancang dengan cita-cita, ALLAH menentukan dengan sepenuh cintaNYA



 


Ya Allah. . .sungguh, hamba-Mu yang asfal ini sukar untuk menyelami segala hikmah yang tersirat di balik tirai ujian yang tersurat ini. . . namun, apa yang hamba-Mu ini tahu, tiap sesuatu yang telah Engkau takdirkan buatku adalah yang TERBAIK yang telah kau caturkan buat diri ini. . . Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengerti apa-apa :')  

.

kitamerancangdengancitacita,tetapiDiamenentukandengansepenuhcintaNya..

 

Tuesday, March 19, 2013

Qudwah

*•By The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful•*

Butiran hidayah Allah yang keluar dari mereka yang sudah lama berada dalam jalan Allah ini betul - betul mengesankan aku.

Sekurang-kurangnya, ini telah membina lagi kefahaman aku terhadap kesyumulan islam itu sendiri.
Even nampak so called basic tentang islam, orang kata perkara - perkara ni kita dah banyak tahu pon,
Tapi yang basic itulah yang menjadi foundation yang kukuh dalam hati - hati orang beriman.

Aqidah Saleem (sejahtera) dan ibadah yang sohihah (benar).
Diterjemah dengan akhlaq yang mantap.

Akhlaq yang mantap. Yes.
Ini membuatkan aku betul betul terduduk dan bermuhasabah kembali.
Ada saja weakest points kita yang masih perlu dibina.

Yes. Weakest points. Aku juga diuji oleh Allah.
Kali ini,
betul betul perlu minta kekuatan dari Allah agar membersihkan aku dari apa jua kekotoran dosa. T_T
Astaghfirllah Astaghfirllah Astaghfirllah.

*

Kita tak nak jadi robot da'wah yang bekerja tanpa memahami hakikat sebenar tanggungjawab yang digalas dan diyaqini.
Takut - takut kita ber'amal sebab orang - orang sekeliling kita ber'amal.
Sebagaimana, kefahaman-kefahaman yang mungkin ada waktu dulu.
Bera'mal kerana takut ditanya murobbi, ataupun oleh orang-orang yang berada dalam saff yang sama.

"Apa update terbaru? Adik-adik ok?"
"Ape cerita waqi' kawasan awak?"

*
Allah, ikhlaskan kami ber'amal keranaMu.



The best qudwah ever. Muhammad Rasulullah SAW.

Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingat Allah
(Al-Ahzab, 33:21)

Nabi Muhammad layak menjadi qudwah selepas berhempas pulas untuk perang ahzab/khandaq yang sangat dasyat!
(rujuk tafsiran al-ahzab dan kisah perang tersebut)
bagaimana pula dengan kita?
layakkah menjadi qudwah?

*
This link has really made me to muhasabah for any writings that I have shared.
I'm afraid that the words were just very shallow and being influenced by own feeling, perhaps? -,-
Astaghfirllah. May Allah blesses and grants us with His Mardhotillah and His Jannah in sha Allah. . .

Monday, March 18, 2013

bersangka baik







Tak terbayang bagaimana kalau Allah bagi sahaja semua apa yang kita hendak dan apa sahaja yang kita fikirkan baik.

Mungkin tika ini kita tidak mengecap bahagia seperti ini, memperoleh teman sekeliling seperti ini, mendapat kejayaan seperti hari ini atau merasai indahnya anugerah cinta seperti dirasa saat dan ketika ini.

Di sebalik kesedihan kita tatkala tak dapat masuk sekolah yang kita mahu, tak dapat memiliki hati orang yang kita minat, tak dapat bekerja di posisi yang kita idam-idamkan, rupanya ada kebahagiaan besar yang tersembunyi di sebaliknya, yang mana hanya kita rasai hari ini. Sehingga seketika, kita terlupa terus yang kita pernah menangis, kecewa dan bersedih sebelum ini disebabkan apa yang kita sangka sebagai gagal, malang dan buntu.

Hebat kan percaturan Allah? Manusia yang berkomunikasi melalui hatinya, terhadap segala percaturan Allah ke atas dirinya, akan mengecapi indahnya sebuah kehidupan sebenar. Tiada sedih, tiada duka dan tiada kecewa, sebaliknya yang ada hanyalah baik sangka terhadap apa-apa yang telah Allah tentukan buat dirinya.

" Aku ( Allah ) sentiasa di sisi sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu sentiasa berbaik sangka terhadapKu " [ hadith qudsi ]



memilih untuk bersendiri


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ 


Ya ALLAH.
Memang masih terlalu banyak yang harus saya belajar.
Belajar menangani emosi saya.
Belajar melayani kerenah dia.
Belajar bersabar dengan diri sendiri.

Ya ALLAH.
Terlalu banyak.
Menilai kembali diri saat berhadapan karenah dia,
Membuat saya merasa sangat malu.
Malu, bila mana, saya tidak mampu melayani dia dengan baik.
Membuat saya terkadang merasa sangat sakit hati.
Sakit hati, bila saya rasa bahawa saya telah menyakiti hati dia.

Dan mungkin kerana itulah,
Saya lebih selesa meminggirkan diri.
Memilih untuk menjauh dan menjarak.

Sebab saya takut,
Bila saya terlalu rapat dengan dia,
Maka saya akan lebih selalu melukai dia.
Bila lebih banyak masa saya terluang dengan dia,
Maka lebih banyak pula tingkah saya yang melukai dia.

Dari dia,
Kekurangan dia, sikapnya, caranya,
Saya belajar banyak benda.
Dan saya sedar banyak perkara,
Terutamanya tentang diri saya sendiri.

Belum pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang saya.”
- Imam Al-Ghazali-

****
ALLAH,terlalu sulit..




Kadang-kadang hidup ini kita perlu bersendirian...
Banyak perkara dalam hidup ini penuh berteka teki
Semakin banyak persoalan tentang kehidupan sebenarnya semakin kurang jawapannya.
Kadang-kadang dalam hidup ini apa yang kita inginkan susah untuk diperolehi
Tetapi dalam saat kita tidak inginkan, mudah pula diperolehi...
Perjuangan dalam kehidupan.
Banyak lagi yang perlu kita pelajari disebalik hikmah kehidupan ini...


There is no one who understands us better than ALLAH Taa’laa ♥

viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma