Thursday, October 25, 2012

.penatt...


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ



Penat mengingatkan diri
Jangan berharap pada yang tak pasti
Nanti kau sendiri yang akan memendam hati

Sandarkan harapan padaNYA
Nescaya tiada resah, duka dan kecewa
Kerana  perancangan datang tepat pada masaNYA

Mereka juga bernama manusia
Kekadang  bukan mereka sengaja
Tetapi sudah sifat manusia yang mudah lupa

Eh,kau juga manusia yang selalu lupakan?



Dia yang semalam memberi harapan, Hari ini bisu tanpa pengkhabaran…[erkk]*peluh menitik*


kerana pada akhirnya kita tak akan risau dengan kata-kata dari orang yang membenci kita, tapi kita akan lebih takut dengan kebisuan dari orang yang pernah kita sayang…[erkk lagi!]*kesat peluh*


Haish, apakah ini..??!! Hanya mainan hati..
AstaghfiruLLAH hal’azim

Wednesday, October 24, 2012

DIA masih menguji


ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم ♥ƸӜƷ


hidup yang disulami air mata, ketawa, canda, ujian dan cabaran,

yang terkadang mengecewakan dan melukakan,

itu adalah lebih baik dilalui,
berbanding mimpi yang indah,
namun kosong dan lompong,
tiada erti.
indah hanya khayalan yang tak pasti.
‘terjaga’ segalanya hilang dan pergi.
yang tinggal mungkin hanya air liur basi dan memori yang berbaki.

sedang hidup.
walau perit dijalani,
ia adalah realiti yang pasti.
larilah atau sembunyi,
ia adalah hakikat yang pasti.
tidurlah atau berjaga,
suka atau benci,
semua hakikat perlu diterima dengan lapang hati.
dan perubahan perlu dilakukan dengan tangan sendiri.
dan setiap yang tinggal adalah sesuatu yang sangat beerti dan istimewa.
pengalaman, dan pengajaran yang tak sama seperti yg dimiliki insan lain.

sesukar mana pun kehidupan,


percayalah bahawa hidup yang menyakitkan itu lebih baik dari mimpi yang sangat indah sedang ia pasti dan tak punya erti.



Tiada apa yang perlu dirisaukan. ALLAHkan selalu ada:)


ALLAH menghampakan hambaNYA?

Tidak sama sekali!


    ALLAH, I need YOU,


viewed

asdiqaa'i ;)

getaran sukma